SOALAN LAZIM



Pusat kursus kahwin ini diiktiraf ke?

Ya. Pusat kursus kahwin kami diiktiraf oleh JAWI/JAKIM dan semua Jabatan Agama Islam Negeri 1Malaysia.

Susah ke kursus perkahwinan ini?

Kalau dulu mungkin susah kerana ianya dijalankan 2-3 hari dan ada temuduga. Tetapi kini kami di sini menyediakan kursus perkahwinan hanyalah 1 hari setengah sahaja, tiada temuduga atau tiada ujian.


Laku ke Sijil Perkahwinan ini?

Ya, Sijil Perkahwinan dari tempat kami memang laku dan boleh digunakan di seluruh Malaysia. Sijil DIKELUARKAN OLEH PIHAK JAWI / JAKIM. SAH SELURUH MALAYSIA DAN TIADA TARIKH LUPUT.


Cepat ke dapat Sijil Perkahwinan ini?

Saudara dan saudari akan menerima Sijil Kursus Perkahwinan ini 3 hari selepas hari kursus. Cepat bukan?


Susah ke nak cari Pusat Kursus Pekahwinan ini?

Buat pengetahuan saudara dan saudari tempat kami tidaklah susah nak dicari. Ianya memang berada di lokasi yang mempunyai banyak kemudahan. Sila rujuk kepada peta pusat kursus pilihan anda.


Selesa ke?

Saya jamin, ianya amat selesa. Dewan yang luas, cukup alat audio-visual dan ada aircond.

Saudara dan saudari juga dapat menggunakan tempat solat, tempat makan dan tandas.


Masih banyak perkara perkahwinan yang belum siap?

Kami faham yang anda mungkin banyak nak fikir tentang persediaan majlis perkahwinan anda. Itu nak kena ready, ini nak kena prepare, itu kena buat, ini kena buat dan macam-macam lagi.

Untuk meringankan masalah anda, kami juga menyediakan beberapa perkara yang boleh membantu anda;

* Borang Uijian HIV dan senarai klinik

* Senarai dan maklumat Jurunikah di Kuala Lumpur dan Selangor

* Khidmat kaunseling selepas Kursus Perkahwinan ini


Masih banyak lagi urusan yang belum selesai?

Jika masih ada lagi urusan-urusan lain yang belum selesai, saudara dan saudari bolehlah ke bank-bank, pusat membeli-belah atau kedai-kedai berhampiran.

Banyak kemudahan-kemudahan yang ada yang tersedia di sini.


Makan minum?

Jangan bimbang. Makan dan minum sewaktu kursus akan disediakan untuk anda.


Berapa yurannya?

Ianya cuma RM80.00 seorang.


Bayar di mana dan bagaimana?

Cara: Membayar secara tunai di kaunter kami sewaktu menghadiri kursus perkahwinan.


Dokumen yang perlu di bawa?

Sila bawa 1 salinan IC untuk saudara dan saudari termasuklah pasangan (jika hadir bersama pasangan atau rakan)

No comments:

Post a Comment